ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB X - DARIHAL PERBICARAAN



Seksyen 95. Kuasa untuk melepaskan dengan syarat atau tanpa syarat.

(1) Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam seksyen terakhir sebelum ini, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa yang terkandung dalam seksyen ini.

(2) Apabila mana-mana orang dipertuduh di hadapan Mahkamah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum oleh Mahkamah itu, dan Mahkamah mendapati bahawa pertuduhan itu adalah dibuktikan, tetapi berpendapat bahawa memandang kepada perangai, latar belakang, umur, keadaan kesihatan atau akal orang yang dipertuduh, atau kepada kecilnya jenis kesalahan yang dilakukan, atau kepada hal keadaan peringanan dalam mana kesalahan itu telah dilakukan, adalah tak suaimanfaat untuk mengenakan apa-apa hukuman atau apa-apa hukuman selain daripada hukuman nominal atau adalah suaimanfaat melepaskan pesalah itu di bawah percubaan, Mahkamah boleh, tanpa merekodkan sabitan, membuat perintah sarna ada-

(3) Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada mana-mana perintah tersebut, memerintahkan pesalah itu supaya membayar pampasan bagi kecederaan atau kerugian (yang tidak melebihi jumlah wang satu ribu ringgit) atau supaya membayar kos prosiding itu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah atau supaya membayar kedua-dua pampasan dan kos.

(4) Jika Mahkamah berpuas hati melalui maklumat yang dibuat dengan ikrar bahawa pesalah itu tidak mematuhi mana-mana syarat bonnya, maka ia bolehlah mengeluarkan suatu waran bagi menangkap pesalah itu.

(5) Mana-mana pesalah apabila ditangkap dengan waran tersebut, hendaklah, jika tidak dibawa dengan segera ke hadapan Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menghukumnya, dibawa ke hadapan seorang Hakim Syarie yang boleh menahannya dengan waran di penjara atau membenarkan dia mengikat jamin dengan penjamin yang mencukupi, dan jika pesalah itu ditahan penjara, waran tahanan itu hendaklah memerintahkan supaya dia dibawa ke Mahkamah yang dia telah mengikat bon atau jika dia diikat jamin, untuk hadir di Mahkamah yang sama, bagi penghakiman atau untuk menjawab soalan-soalan mengenai kelakuannya semenjak dia dilepaskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.