ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 91. Pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula.

(1) Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak yang memanggilnya hendaklah disebut pemeriksaan utamanya.

(2) Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak lawan hendaklah disebut pemeriksaan balasnya.

(3) Jika seseorang saksi telah diperiksa balas dan kemudiannya diperiksa oleh pihak yang telah memanggilnya, maka pemeriksaan itu hendaklah disebut pemeriksaan semulanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.