ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 2 - SAKSI



Seksyen 85. Keterangan suami, isteri, ibu atau bapa dan anak

(1) Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan keterangan isteri terhadap suaminya boleh diterima sebagai syahadah dan bayyinah.

(2) Keterangan seorang anak terhadap ibu atau bapanya dan keterangan ibu atau bapa terhadap anaknya boleh diterima sebagai syahadah dan bayyinah.

(3) Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi suaminya boleh diterima sebagai bayyinah.

(4) Keterangan ibu atau bapa bagi anaknya dan keterangan anak bagi ibu atau bapanya boleh diterima sebagai bayyinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.