ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan Tentang Dokumen



Seksyen 63. Anggapan tentang dokumen yang dikemukakan sebagai rekod keterangan.

Apabila dikemukakan di hadapan mana-mana Mahkamah sesuatu dokumen yang berupa sebagai suatu rekod atau memorandum keterangan atau mengenai mana-mana bahagian keterangan yang telah diberikan oleh seorang saksi dalam sesuatu prosiding kehakiman atau di hadapan seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang bagi mengambil keterangan itu, atau yang berupa sebagai suatu iqrar oleh seseorang banduan atau seseorang tertuduh, yang telah diambil mengikut undang-undang dan yang berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau oleh mana-mana pegawai yang disebut terdahulu, maka Mahkamah hendaklah menganggap bahawa-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.