ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 102. Soalan tidak boleh ditanya tanpa alasan yang munasabah

Tiada apa-apa soalan seperti yang disebut dalam seksyen 101 boleh ditanya melainkan jika orang yang bertanya itu mempunyai alasan yang munasabah bagi memikirkan bahawa tohmahan yang dibayangkan oleh soalan itu betul-betul berasas.

MISALAN

(a) Seorang Peguam Syarie diberitahu oleh seorang Peguam Syarie yang lain atau sumber yang boleh dipercayai bahawa seorang saksi penting ialah penjudi profesional. Ini suatu alasan yang munasabah untuk menanyakan saksi itu sama ada dia seorang penjudi profesional.

(b) Seorang Peguam Syarie diberitahu oleh seseorang di dalam Mahkamah bahawa seorang saksi penting ialah seorang penjudi profesional. Apabila disoal oleh Peguam Syarie itu, pemberitahu itu memberikan sebab-sebab yang memuaskan hati bagi pernyataannya itu. Ini suatu alasan yang munasabah untuk menanyakan saksi itu sama ada dia seorang penjudi profesional.

(c) Seorang saksi yang tidak diketahui apa-apa pun mengenainya, ditanya secara rambang sama ada dia seorang penjudi professional. Dalam hal ini, tidak ada alasan yang munasabah untuk menanya soalan itu.

(d) Seorang saksi yang tidak diketahui apa-apa pun mengenainya, apabila disoal tentang cara hidup dan mata pencariannya memberikan jawapan yang tidak memuaskan hati. Ini boleh menjadi suatu alasan yang munasabah untuk menanyakan saksi itu sama ada dia seorang penjudi profesional.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.