ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG)
BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 2 - SEPINA
Seksyen 108. Rekod Mahkamah
(1) Seseorang pegawai Mahkamah tidak boleh dikehendaki melalui sepina untuk mengemukakan rekod Mahkamah.
(2) Jika salinan asal mana-mana rekod Mahkamah atau mana-mana dokumen yang difailkan di Mahkamah itu dikehendaki kerana apa-apa sebab khas, suatu permintaan bagi pengemukaannya bolehlah, atas permohonan pihak yang menghendakinya, dialamatkan oleh Pendaftar kepada Mahkamah itu.
(3) Tiada tanda boleh diletakkan pada mana-mana rekod atau dokumen yang dikemukakan di bawah seksyen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.