ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI DENGAN PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 107. Mahkamah bolehlah mengemukakan soalan-soalan kepada yang dituduh.

(1) Untuk tujuan membolehkan orang yang dituduh itu menerangkan mengenai apa-apa keadaan yang nyata yang menjadi keterangan terhadapnya, Mahkamah bolehlah pada mana-mana peringkat pembicaraan itu, tanpa memberi amaran terlebih dahulu kepada orang yang dituduh, mengemukakan soalan-soalan kepadanya sebagaimana Mahkamah fikirkan mustahak.

(2) Untuk tujuan seksyen ini orang yang dituduh tidaklah dikehendaki mengangkat sumpah dan dia tidaklah boleh dikenakan hukuman kerana enggan menjawab soalan-soalan atau kerana memberi jawapan-jawapan yang palsu kepadanya tetapi Mahkamah bolehlah membuat suatu pendapat terhadap keengganannya itu atau jawapannya sebagaimana difikirkannya patut.

(3) Jawapan-jawapan yang diberikan oleh orang yang dituduh bolehlah dipertimbangkan dalam pembicaraan itu dan dijadikan sebagai keterangan bagi atau terhadapnya dalam mana-mana juga pembicaraan kerana sebarang kesalahan lain yang mana jawapan-jawapan itu menunjukkan dia telah melakukannya.

(4) Pemeriksaan orang yang dituduh itu adalah bertujuan untuk membolehkan dia menerangkan sebarang keadaan yang nampaknya menjadi keterangan terhadapnya dan hendaklah tidak boleh menjadikan sebagai pemeriksaan am di atas apa-apa yang dicadangkan dengan sendirinya kepada Mahkamah.

(5) Budibicara yang diberikan melalui seksyen ini untuk menyoal seseorang tahanan tiadalah boleh dijalankan dengan tujuan mendorongkannya memberi kenyataan-kenyataan yang melibatkan dirinya sendiri.

(6) Budibicara itu hendaklah hanya boleh digunakan untuk menentukan daripada orang tahanan itu bagaimana dia boleh menentang fakta-fakta yang diterangkan dalam keterangan terhadapnya, supaya fakta-fakta itu tidak boleh menekannya jika tidak diterangkan.

(7) Soalan-soalan hendaklah tidak dikemukakan kepada orang tahanan semata-mata untuk menyokong kes pendakwaan bilamana ianya defektif.

(8) Apabila orang yang dituduh diperiksa di bawah seksyen ini oleh Mahkamah maka semua pemeriksaan itu termasuk tiap-tiap soalan yang dikemukakan kepadanya dan tiap-tiap jawapan yang diberikan olehnya hendaklah direkodkan dengan sepenuhnya dan rekod itu hendaklah ditunjuk atau dibacakan kepadanya atau, jika dia tidak faham bahasa yang digunakan, hendaklah diterjemahkan kepadanya dalam bahasa yang dia boleh faham, dan dia bolehlah bebas menerangkan atau menambah kepada jawapan-jawapan itu.

(9) Apabila keseluruhan perkara itu telah menepati dengan apa yang dikatakan oleh orang yang dituduh sebagai benar maka rekod itu hendaklah ditandatangani oleh Kadi yang membicarakannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.