ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PERBICARAAN JENAYAH



Seksyen 87. Hukuman penjara.

(1) Mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara hendaklah menghantar banduan itu ke penjara di dalam jagaan seorang Pegawai Polis atau seorang Pegawai Mahkamah dan menyerahkan banduan itu kepada Pegawai yang menjaga penjara bersama dengan waran mempenjarakan dan ianya dengan demikian hendaklah ditahan.

(2) Jika banduan itu telah ditahan dalam penjara, sebelum hari pembicaraannya, tempoh ianya di dalam penjara itu bolehlah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh hukuman yang hendak dijalankannya itu.

(3) Mahkamah boleh pada budibicaranya membenarkan jaminan menantikan rayuan, tetapi, jika rayuan itu tiada dijalankan dalam tempoh yang ditentukan maka Mahkamah boleh mengeluarkan perintah menangkap semula dan hukuman ke atasnya hendaklah dijalankan.

(4) Hukuman penjara boleh dijatuhkan jika denda yang dikenakan di bawah Enakmen ini tidak dibayar tetapi hukuman penjara itu tidak boleh lebih daripada separuh daripada hukuman penjara, jika ada, yang ditentukan bagi kesalahan itu atau tujuh hari jika kesalahan itu boleh diseksa dengan denda sahaja.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.