ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 39. Perlantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(1) Hakim Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Besar atas perakuan Ketua Hakim Syarie.

(2) Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rendah Syariah kecuali dia adalah seorang anggota Perkhidmatan Pegawai Syariah Negeri Sembilan.

(3) Semua perlantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah diberitahu melalui Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.