ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN III - YANG DIPERTUA, SETIAUSAHA DAN PERJALANAN MAJLIS
Perjalanan Majlis



Seksyen 29. Kuorum.

Tiada urusan, kecuali mengenai penangguhan, boleh dilakukan dalam sesuatu mesyuarat dan tiada ketetapan atau tindakan Majlis yang dibuat atau dilaksanakan dalam sesuatu mesyuarat adalah sah, melainkan jika sekurang-kurangnya satu pertiga daripada anggota Majlis, termasuk Yang Dipertua atau orang yang mempengerusikan mesyuarat, hadir dalam mesyuarat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.