ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 38. Cara pemungutan dan bayaran.

(1) Majlis hendaklah berkuasa memungut Zakat daripada sekelian orang yang diwajibkan oleh Hukum Syarak membayar Zakat di atas harta bendanya di dalam Negeri ini yang diwajibkan oleh Hukum Syarak membayarnya.

(2) Kemudian dari berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh memungut, mengambil atau menerima Zakat atau Fitrah melainkan bagi pihak atau dengan kebenaran Majlis.

(3) Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh membayar Zakat dan Fitrah melainkan kepada seorang yang telah dibenarkan oleh Majlis bagi memungut, mengambil atau menerimanya.

(4) Sesiapa yang melanggar seksyen-kecil (2) atau (3) bagi Seksyen ini adalah disifatkan sebagai telah melakukan suatu kesalahan dan jika didapati sabit kesalahannya itu oleh Mahkamah maka ia akan dihukum di bawah Enakmen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.