ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - Darihal Menangkap, Melarikan Diri dan Menangkap Semula



Seksyen 20. Orang-orang yang telah ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, tindakan terhadapnya.

Seorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat penangkapan tanpa waran hendaklah dengan tidak berlengah-lengah lagi membawa orang yang ditangkapnya itu kepada Pegawai Polis yang hampir sekali, atau jika tidak ada Pegawai Polis hendaklah membawa orang itu ke Balai Polis yang hampir sekali dan seorang Pegawai Polis hendaklah menangkap semula tiap-tiap orang yang ditangkap itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.