ENAKMEN 12 TAHUN 1993
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 7. Perlantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(1) Hakim Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan.

(2) Tiada seseorang boleh dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rendah Syariah kecuali ia adalah seorang anggota Perkhidmatan Pegawai-Pegawai Syariah atau Perkhidmatan Hal Ehwal Agama.

(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah mengurniakan Suratcara Perlantikan kepada seseorang yang dilantik di bawah seksyen ini.

(4) Semua perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah diumumkan dalam
Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.