ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN DAN SEBAGAINYA



Seksyen 163. Tangkapan penghutang penghakiman.

(1) Permohohan untuk perintah tangkap di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat dalam kamar dan boleh dibuat secara exparte kecuali Mahkamah memerintah sebaliknya.

(2) Semua keterangan untuk menyokong mana-mana permohonan di bawah seksyen ini hendaklah melalui afidavit dan salinan afidavit itu hendaklah diserahkan kepada defendan.

(3) Suatu perintah tangkap hendaklah seperti dalam Borang 21 dan 22 yang ditetapkan tetapi tidak boleh dilaksanakan sehingga plaintif telah membuat deposit dengan bailif.

(4) Tiap-tiap perintah itu hendaklah dicatatkan dengan alamat penyampaian pemiutang penghakiman untuk penyampaian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.