ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan melalui pemberitahu dalam Warta:

Dengan syarat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan-peruntukan atau bahagian-bahagian yang berlainan dalam Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.