ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 22. Bertindak dalam keadaan tergempar.

(1) Dalam keadaan tergempar, Pengerusi selepas berunding dengan Menteri Besar boleh membuat atau mengarahkan dibuat bagi pihak Majlis apa-apa perbuatan atau perkara yang boleh dibuat dengan ketetapan Majlis.

(2) Jika sesuatu perbuatan atau perkara itu dibuat mengikut subseksyen (1), suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam tempoh tujuh hari selepas itu bagi maksud mengesahkan dan memperakui perbuatan atau perkara yang dibuat, dan jika Majlis enggan mengesahkan dan memperakui perbuatan atau perkara yang dibuat itu, Yang di-Pertuan Besar boleh memberi arahan di atas perkara itu sebagaimana difikirkan patut.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.