ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 51. Permohonan untuk kebenaran merayu.

(1) Suatu rayuan atau permohonan bagi kebenaran untuk merayu di bawah perenggan (c) subseksyen (1) seksyen 50 hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah mengikut apa-apa cara yang ditetapkan, tetapi dalam apa-apa keadaan hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah atau keputusan yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat atau, dalam keadaan apabila pemohon tidak mengetahuinya pada tarikh itu dan tidak dengan menjalankan usaha yang munasabah boleh mengetahuinya, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah, atau keputusan itu sampai kepada pengetahuannya.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah, apabila mendengar mana-mana permohonan bagi kebenaran untuk merayu, boleh atas alasan khas melanjutkan masa untuk merayu, walaupun masanya telah habis tempoh.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.