ENAKMEN 11 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1988

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 3. Ukuran bagi memutuskan sama ada seseorang itu orang Islam.

Jika dalam pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini timbul apa-apa soal tentang sama ada seseorang itu orang Islam soal itu hendaklah diputuskan mengikut ukuran reputasi am, tanpa membuat apa-apa percubaan untuk mempersoalkan keimanan, kepercayaan, kelakuan, perangai, watak, perbuatan, atau kemungkiran orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.