ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT
Seksyen 65. Buku harian mengenai prosiding dalam penyiasatan
(1) Tiap-tiap Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat suatu penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah, dari hari ke hari, mencatatkan prosidingnya dalam buku harian penyiasatan dengan menyatakan—
(a)
waktu perintah, jika ada, untuk menjalankan penyiasatan itu sampai padanya;
(b)
waktu dia memulakan dan mengakhiri penyiasatan itu;
(c)
tempat atau tempat-tempat yang dilawati olehnya;
(d)
orang yang disoal olehnya; dan
(e)
pernyataan mengenai hal keadaan yang dipastikan melalui penyiasatannya.
(2) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang yang berhubungan dengan keterangan, seseorang tertuduh tidak berhak, sama ada sebelum atau dalam perjalanan apa-apa siasatan atau perbicaraan, meminta atau memeriksa mana-mana buku harian itu:
Dengan syarat bahawa jika Pegawai Penguatkuasa Agama yang telah membuat penyiasatan itu merujuk kepada buku harian itu, maka hanya apa-apa catatan yang telah dirujuk oleh pegawai itu sahaja hendaklah ditunjukkan kepada tertuduh, dan Mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.