ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 102. Soalan tidak boleh ditanya tanpa alasan-alasan yang munasabah.
Tiadalah sesuatu soalan seperti yang tersebut dalam seksyen 101 patut ditanya melainkan jika orang yang menanyakan itu ada mempunyai alasan-alasan yang munasabah bagi memikirkan bahawa tomahan yang dibayangkan oleh soalan itu adalah cukup berasas.
MISALAN
(a) Seorang Peguam Syarie adalah diberitahu oleh seorang Peguam Syarie lain atau dari maklumat berasas bahawa seorang saksi penting adalah seorang penjudi yang profesional. Ini adalah suatu alasan yang munasabah bagi menanya saksi itu sama ada ia seorang penjudi yang profesional.
(b) Seorang Peguam Syarie adalah diberitahu oleh seorang di dalam Mahkamah bahawa seorang saksi penting adalah seorang penjudi yang profesional, orang yang memberitahu itu memberikan sebab-sebab yang memuaskan atas kenyataannya itu; ini adalah suatu alasan yang munasabah bagi menanya saksi itu sama ada dia seorang yang hidup dengan berjudi.
(c) Seseorang saksi yang tiada apa-apa pun diketahui mengenainya adalah ditanya secara rambang sama ada dia seorang yang hidup dengan berjudi. Di sini tiadalah apa-apa balasan yang munasabah bagi soalan itu.
(d) Seseorang saksi yang tiada apa-apa pun diketahui mengenainya memberi jawapan-jawapan yang tidak memuaskan apabila ditanya tentang cara hidup dan mata pencariannya. Ini boleh jadi suatu alasan yang munasabah bagi menanya saksi itu sama ada dia seorang yang hidup dengan berjudi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.