ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN VII - AM



Seksyen 203. Pampasan oleh kerana tuduhan dibuat tanpa alasan.


(1) Apabila mana-mana orang yang menyababkan Penyelia Ugama atau pegawai polis menangkap seseorang dan Qadhi yang boleh membicarakan kes itu berpendapat bahawa tidak ada alasan yang mencukupi yang boleh menyebabkan orang itu ditangkap, Qadhi boleh memberi pampasan yang ditetapkan olehnya tidak lebih daripada dua puluh lima ringgit yang akan dibayar oleh orang yang menyebabkan penangkapan itu kepada orang yang ditangkap kerana kerugian masa dan lain-lain perbelanjaan yang dialami olehnya sebagaimana difikir patut oleh Qadhi.

(2) Pampasan itu tidak menghalang tindakan kerana tahanan salah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.