ENAKMEN 3 TAHUN 2001
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN IV - PELBAGAI



Seksyen 22. Mahkamah terbuka.

(1) Semua perbicaraan dalam Mahkamah Syariah hendaklah tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain dan subseksyen (2), terbuka kepada orang ramai.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah boleh memerintahkan keseluruhan atau mana-mana bahagian sesuatu perbicaraan diadakan dalam Mahkamah tertutup jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa perbicaraan dalam Mahkamah tertutup adalah perlu atau suaimanfaat demi kepentingan keadilan atau kesopanan.

(3) Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan bahawa tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau fotograf mana-mana saksi dalam apa-apa perkara atau prosiding atau mana-mana bahagiannya yang dibicarakan atau diadakan atau yang hendak dibicarakan atau diadakan di hadapannya, atau apa-apa keterangan atau apa-apa perkara lain yang boleh membawa kepada pengenalan mana-mana saksi itu; dan mana-mana orang yang bertindak berlanggaran dengan mana-mana perintah sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.