ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - FAKTA YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN



Seksyen 44. Fakta yang Mahkamah mesti memberi pengiktirafan kehakiman.

(1) Mahkamah hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman mengenai fakta yang berikut-
(2) Dalam segala hal ini, dan juga, mengenai segala perkara mengenai sejarah awam, sastera, sains atau seni, Mahkamah boleh menggunakan buku atau dokumen rujukan yang sesuai untuk membantunya.

(3) Jika Mahkamah diminta oleh mana-mana orang supaya memberi pengiktirafan kehakiman mengenai sesuatu fakta, ia boleh enggan berbuat demikian melainkan dan sehingga orang itu mengemukakan sesuatu buku atau dokumen sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi membolehkannya berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.