ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXIX - KOS, ELAUN DAN FEE MAHKAMAH



Seksyen 213. Jaminan untuk kos.

Seseorang plaintif yang berada di luar Negeri Melaka, boleh dengan budibicara Mahkamah diperintah memberi jaminan bagi kos, dan jika ia gagal memberi jaminan itu tindakannya boleh dibuang. Seksyen ini dipakai juga kepada seorang pihak yang membuat tuntut-balas. Apabila jaminan bagi kos diperintah, ianya boleh diberi kepada pihak satu lagi ataupun kepada Mahkamah mengikut pilihan orang yang memberi jaminan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.