ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Penghakiman Mahkamah menjadi Qarinah.



Seksyen 28. Penghakiman dahulu adalah relevan bagi menghalang guaman atau perbicaraan yang kedua.

Kewujudan apa-apa penghakiman, perintah atau dekri yang menurut undang-undang mencegah mana-mana Mahkamah daripada mengambil tahu tentang sesuatu guaman atau daripada mengadakan sesuatu perbicaraan ialah qarinah apabila soalnya ialah sama ada Mahkamah patut mengambil tahu tentang guaman itu atau patut mengadakan perbicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.