ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 156. Penggantungan perlaksanaan.

Mahkamah boleh atas sebab-sebab yang mencukupi menggantungkan perintah perlaksanaan pada mana-mana peringkat dan boleh mengenakan syarat-syarat mengenai pembayaran dalam Mahkamah, cagaran atau selainnya sepertimana yang difikirkan patut, dan boleh selepas itu memerintah supaya mana-mana harta yang dirampas atau ditahan dilepaskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.