ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXXIV - PERUNTUKAN AM



Seksyen 255. Salinan diperakukan dan dokumen hilang.

(1) Pendaftar boleh, dengan alasan-alasan yang menasabah membekalkan mana-mana orang dengan apa-apa salinan dokumen yang diperakukan dan dengan izin Mahkamah dengan apa-apa salinan nota keterangan yang diperakui.

(2) Mahkamah boleh, jika dibuktikan kehilangan mana-mana dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah, memerintah dibekalkan duplikat atau salinannya mengikut syarat-syarat yang difikirkan patut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.