ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXXIV - PERUNTUKAN AM



Seksyen 275. Pemansuhan.

(1) Enakmen-enakmen yang dinyatakan dalam Jadual Keempat adalah dimansuhkan.

Dengan syarat bahawa segala langkah perbicaraan yang telah dimulakan di bawah Enakmen-enakmen yang dengan ini dimansuhkan itu adalah masih lagi berterusan seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan.

(2) Pemansuhan itu tidak menyentuh perjalanan kuatkuasa kebelakangan Enakmen-enakmen yang dimansuhkan itu atau apa-apa yang telah dilakukan atau ditanggung dengan sah di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau tanggungan yang terujud, terkumpul atau ditanggung olehnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.