ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
Bab VI - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 78. Beban membuktikan nyataan yang diketahui secara khas.

Apabila sesuatu nyataan adalah khasnya diketahui oleh seseorang maka beban bagi membuktikan nyataan itu terletak atasnya.

MISALAN

Apabila seseorang melakukan sesuatu perbuatan dengan sesuatu niat yang lain daripada niat yang boleh difaham daripada hal keadaan perbuatan itu, maka beban membuktikan niat itu adalah terletak atasnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.