ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IX - BAYARAN KEPADA MAHKAMAH



Seksyen 61. Bayaran masuk.

(1) Defendan boleh membayar wang kepada Mahkamah bagi menjelaskan tuntutan atau mana-mana bahagiannya dan boleh juga membayar sejumlah wang sebagai kos.

(2) Defendan hendaklah memberi notis kepada plaintif mengenai bayaran masuk dan di mana bayaran masuk itu kurang daripada jumlah yang dituntut, notis itu hendaklah menyatakan untuk apa bayaran itu dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.