ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII
Darihal Muraja'ah



Seksyen 169. Kuasa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atas muraja'ah.

(1) Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah, di dalam mana-mana kes di mana rekod prosiding telah diminta olehnya atau dengan jalan lain telah sampai kepada pengetahuannya, menurut budi bicaranya, menjalankan apa-apa jua kuasa yang diberikan oleh seksyen 140, 144, 145 dan 146 Kanun ini.

(2) Sesuatu perintah yang membawa kemudaratan kepada orang yang dituduh tidaklah boleh dibuat melainkan dia diberi hak untuk didengar, sama ada olehnya sendiri atau oleh Peguam Syarienya dalam membela dirinya.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai memberi kuasa Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengubah sesuatu keputusan mengenai pembebasan kepada sabitan akan tetapi Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah mengarahkan kes itu dibicarakan semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.