ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 26. Perlantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju' Orang Islam.

(1) Pengarah Jabatan Agama Islam boleh melantik mana-mana pegawai awam yang berkelayakan untuk menjadi Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam bagi maksud-maksud Ordinan ini, yang mana adalah berkuasa menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas Pendaftar-Pendaftar dan pendaftaran perkahwinan, perceraian dan ruju' di bawah Ordinan ini.

(2) Pengarah Jabatan Agama Islam boleh melantik beberapa orang yang berkelayakan sebagaimana yang perlu, untuk menjadi Pendaftar, Timbalan Pendaftar, atau Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam bagi mana-mana kawasan dalam Sarawak sebagaimana ditentukan dalam perlantikan itu.

(3) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas nasihat Majlis, melalui pemberitahuan dalam
Warta, melantik mana-mana anggota staf diplomatik Malaysia di mana-mana negara untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam bagi maksud-maksud Ordinan ini di negara itu.

(4) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) yang bukan pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam bagi maksud-maksud Kanun Keseksaan[N.M.B. Bab 45].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.