ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap



Seksyen 31. Bentuk waran tangkap.

(1) Tiap-tiap waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Kanun ini hendaklah dibuat dalam Borang 3 seperti yang dinyatakan dalam Jadual dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi mohor atau cap Mahkamah.

(2) Tiap-tiap waran itu hendaklah berkuatkuasa sehingga ia dibatalkan oleh Mahkamah yang mengeluarkannya atau sehingga ia dilaksanakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.