ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXXIV - PERUNTUKAN AM



Seksyen 264. Memfail notis.

(1) Dalam tiap-tiap kes di mana satu pihak itu dikehendaki menyampaikan atau menyebabkan untuk disampaikan apa-apa notis kepada pihak satu lagi atau seorang lain, ia hendaklah juga memfail satu salinan notis itu dalam Mahkamah, kecuali jika notis, dokumen atau pembicaraan yang hendak disampaikan itu atau satu salinannya, telahpun difailkan demikian.

(2) Penyampaian mana-mana dokumen boleh dibuktikan dengan ikrar kecuali jika Mahkamah memerintah sebaliknya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.