ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 23. Melepaskan orang yang telah ditangkap.


Mana-mana orang yang telah ditangkap oleh Penyelia Ugama atau pegawai polis tidaklah boleh dilepaskan di bawah Enakmen ini kecuali dengan bon diri atau jaminan atau dengan perintah secara bertulis oleh Qadhi atau oleh seorang pegawai polis yang tidak kurang pangkatnya daripada Inspektor:

Dengan syarat jika dia tidak dapat melakukan demikian, maka hendaklah dia ditahan di atas satu waran yang dikeluarkan oleh seorang Qadhi bagaimana Borang 2B daripada Jadual Pertama.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.