ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN III - BENTUK PROSIDING



Seksyen 8. Tajuk dan nota kaki.

(1) Tiap-tiap prosiding atau dokumen hendaklah mempunyai tajuk seperti di dalam Borang 1.

(2) Tiap-tiap dokumen yang difail di Mahkamah, kecuali memorandum retainer, penukaran atau pelepasan peguam, dan tiap-tiap notis yang disampaikan di dalam mana-mana prosiding hendaklah mempunyai notakaki yang mengandungi butir-butir pihak atau orang oleh atau bagi pihak siapa ianya difailkan dan hendaklah menyatakan alamatnya untuk penyampaian seperti diperuntukkan selepas ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.