ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 51. Penerusan prosiding dalam Mahkamah Rayuan Syariah walaupun ketiadaan Hakim.

(1) Jika dalam masa sesuatu prosiding dalam suatu rayuan atau mana-mana masa sebelum disampaikan hukuman, seseorang Hakim Rayuan Syarie yang mendengar prosiding itu tiada berupaya hadir dan menyelesaikan prosiding disebabkan sakit atau sebab-sebab lain, atau sebaliknya bagi menjalankan tugas Hakim Mahkamah itu, perbicaraan atau prosiding itu hendaklah, jika kedua pihak bersetuju, diteruskan dan keputusan atau keputusan yang ditangguh mengikut keadaan yang sesuai, hendaklah diberi oleh dua orang Hakim yang ada itu, dan Mahkamah hendaklah bagi maksud rayuan, dianggap telah sepenuhnya dianggotai walaupun ketidakhadiran atau ketidakupayaan Hakim yang tertentu itu.

(2) Dalam mana-mana kes seperti yang tersebut di bawah subseksyen (1) rayuan hendaklah diputuskan oleh Hakim yang ada itu dan jika tiada keputusan sebulat suara, rayuan hendaklah didengar semula.

(3) Jika di bawah subseksyen (1) kedua-dua pihak tiada memberi persetujuan, atau lebih seorang Hakim tidak berupaya, disebabkan sakit atau sebab-sebab lain bagi menghadiri atau menyelesaikan prosiding atau sebaliknya tiada upaya menjalankan tugasnya sebagai Hakim Mahkamah itu, rayuan itu hendaklah didengar semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.