ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN X - PELBAGAI



Seksyen 77. Penyampaian notis.

(1) Tertakluk kepada apa-apa peruntukan nyata dalam Enakmen ini, bagi maksud-maksud Enakmen ini notis-notis bolehlah disampaikan sendiri atau dihantar melalui pos biasa atau berdaftar.

(2) Suatu notis berhubung dengan zakat yang dihantar melalui pos biasa atau berdaftar hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang (termasuk perkongsian) yang kepadanya notis itu dialamatkan pada hari berikutan dengan hari yang notis itu sepatutnya telah diterima mengikut perjalanan biasa pos kiranya notis itu dialamatkan-
(3) Jika seseorang yang kepadanya telah dialamatkan suatu surat berdaftar mengandungi notis di bawah Enakmen ini -
maka notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh yang dia diberitahu adanya surat untuknya

(4) Bagi maksud subseksyen (3), suatu afidavit oleh pegawai penjaga pejabat pos menyatakan bahawa sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya telah diserahkan ke alamat yang terdapat pada surat berdaftar suatu pemberitahuan pejabat pos memberi tahu dia bahawa ada surat berdaftar untuknya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan bahawa dia telah diberitahu sedemikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.