ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Dokumen Awam



Seksyen 59. Salinan diperakui bagi dokumen awam.

Tiap-tiap pegawai awam yang mempunyai dalam jagaannya sesuatu dokumen awam yang seseorang ada hak memeriksa hendaklah memberikan kepada orang itu, apabila diminta, salinan dokumen itu apabila fee di sisi undang-undang baginya dibayar, berserta dengan suatu perakuan ditulis di kaki salinan itu bahawa ia adalah salinan yang benar bagi dokumen itu atau bahagiannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perakuan itu hendaklah ditarikhkan serta ditandatangani oleh pegawai itu dengan nama dan jawatan rasminya, dan hendaklah dimeteraikan jika pegawai itu dibenarkan oleh undang-undang menggunakan sesuatu meterai, dan salinan yang diperakui demikian hendaklah dipanggil salinan diperakui.

Huraian-Seseorang pegawai yang diberi kuasa menyerahkan salinan itu dalam perjalanan biasa tugas rasminya hendaklah disifatkan mempunyai jagaan ke atas dokumen itu mengikut pengertian seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.