ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - SAMAN
Waran Tangkap



Seksyen 33. Waran kepada siapa diarahkan.

(1) Sesuatu waran tangkap hendaklah biasanya diarahkan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai itu boleh melaksanakan waran tersebut di mana-mana tempat di dalam Negeri Sabah.

(2) Mahkamah yang mengeluarkan waran tangkap boleh mengarahkan kepada Pesuruhjaya Polis Negeri Sabah dan lain-lain Pegawai Polis di dalam Negeri Sabah atau mana-mana orang yang dinamakan yang bukan Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis dan mana-mana orang atau Pegawai ini boleh melaksanakan waran tersebut di mana-mana tempat dalam Negeri Sabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.