ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VII - PERKARA AM
BAB XXVII - PERKARA AM



Seksyen 212. Dengan sengaja memberi aib atau gangguan kepada pegawai agama yang sedang menjalankan prosiding kehakiman.

Barang siapa dengan sengaja memberi apa-apa aib atau menyebabkan apa-apa gangguan kepada seseorang pegawai agama yang sedang menjalankan prosiding kehakiman pada mana-mana peringkat adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau dengan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dengan kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.