ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 103. Prosedur mahkamah jika soalan ditanya tanpa alasan munasabah.

Jika mahkamah berpendapat bahawa sesuatu soalan seperti yang tersebut dalam seksyen 101 telah ditanya tanpa alasan-alasan munasabah, mahkamah boleh, jika soalan itu telah ditanya oleh seorang peguambela, melaporkan hal keadaan kes itu kepada Mahkamah Rayuan Syariah atau pihak berkuasa lain yang peguambela itu tertakluk di dalam menjalankan profesionnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.