ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 11. Setiausaha.

(1) Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan hendaklah menjadi Setiausaha Majlis.

(2) Setiausaha hendaklah menjadi Ketua Pentadbir Majlis dan hendaklah bertanggungjawab menjalankan dasar dan keputusan Majlis.

(3) Setiausaha adalah berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan mengambil bahagian dalam perjalanannya, tetapi hendaklah tidak ada hak mengundi.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.