ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 91. Bila seorang yang dituduh dengan satu kesalahan boleh disabitkan dengan kesalahan lain.

Jika dalam perkara seperti yang disebutkan dalam seksyen yang terdahulu daripada ini orang yang dituduh telah dipertuduhkan atas satu kesalahan dan daripada keterangan yang diterima menunjukkan dia telah melakukan kesalahan lain daripada yang dia dituduh itu, maka dia bolehlah disabitkan atas kesalahan yang mana telah dibuktikan telah dilakukannya, sungguhpun dia tidak dituduh atas kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.