ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 42. Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah.

(1) Tertakluk kepada seksyen ini dan juga subseksyen (2) atau mana-mana undang-undang bertulis lain, Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan mana-mana kes mal atau jenayah atau apa-apa perkara yang berbangkit di dalam sempadan tempatan bidangkuasa yang diberi kepadanya dan hendaklah diketuai oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah----
(3) Yang di-Pertuan Besar boleh dari masa ke masa melalui pemberitahu dalam Warta meluaskan bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.