ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - Darihal Menangkap, Melarikan Diri dan Menangkap Semula



Seksyen 14. Ditegah menahan secara berlebih-lebihan dan peraturan memeriksa seseorang.

(1) Orang yang kena tangkap tidaklah boleh dihalang selain daripada yang difikirkan patut untuk menahannya daripada melarikan diri.

(2) Apabila dikehendaki memeriksa seseorang dia mestilah diperiksa oleh seorang yang sama jantinanya dan dia tidaklah boleh dipermalukan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.