ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN IV - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 57. Peguam Syarie.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) , (3) dan (4), Majlis boleh menerima mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie bagi mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di dalam Mahkamah Syariah.

(2) Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat peraturan-peraturan untuk-



(3) Walau apa pun subseksyen (1)-


boleh bertindak sebagai Peguam Syarie bagi mewakili mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding dalam Mahkamah Syariah jika pihak itu boleh diwakili olehnya dalam Mahkamah Sivil menurut kuasa Akta Profesion Undang-Undang 1971 [Akta 166] tanpa anggota atau orang itu perlu diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara di bawah Akta itu.

(4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), mana-mana orang yang telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain di Malaysia hendaklah diterima sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Terengganu apabila permohonan dibuat olehnya kepada Majlis dengan menyertakan keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah diterima sebagai Peguam Syarie di Negeri lain itu.

(5) Seseorang yang sebelum saja seksyen ini mula berkuat kuasa telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie di bawah Enakmen terdahulu hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, disifatkan telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie dan hendaklah berhak hadir di mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Syariah itu.

(6) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tiada seorang pun, selain Peguam Syarie atau orang yang disebut dalam subseksyen (3), berhak hadir di dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya.





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.