ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VII - SAKSI
Seksyen 92. Cara memberi keterangan.
(1) Dalam kes mal keterangan hendaklah diberi oleh plaintif dan defendan. Defendan yang menafikan tuntutan itu boleh diminta bersumpah mengikut
Hukum Syara'.
(2)
(a)
Apabila sumpah dibuat oleh defendan, tuntutan plaintif tertolak secara mutlak.
(b)
Jika defendan diminta dan enggan bersumpah, Mahkamah boleh meminta plaintif supaya bersumpah dan setelah bersumpah sedemikian tuntutannya hendaklah diterima.
(3) Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberi bagi pihak pendakwa dan bagi pihak tertuduh kecuali apabila tertuduh mengaku bersalah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.