ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 108. Mencabar kebolehpercayaan saksi.

Kebolehpercayaan seseorang saksi boleh dicabar dengan cara-cara yang berikut oleh pihak menentang atau, dengan izin Mahkamah, oleh pihak yang memanggilnya-
Huraian-Seseorang saksi yang mengatakan seorang saksi lain tidak boleh dipercayai tidak boleh, semasa pemeriksaan utamanya, memberikan sebab-sebab dia mempercayai sedemikian, tetapi dia boleh ditanya sebab-sebabnya dalam pemeriksaan balas, dan jawapan-jawapan yang diberinya itu tidak boleh disangkal, walaupun, jika jawapan-jawapan itu palsu, dia boleh kemudiannya dipertuduh kerana memberi keterangan palsu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.