ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XXI - KUASA HAKIM DAN PENDAFTAR



Seksyen 209. Kuasa Hakim.

(1) Seseorang Hakim boleh -

(2) Seseorang Hakim boleh menjalankan di dalam Mahkamah atau di dalam Kamar segala kuasa yang diberikan kepada Pendaftar di bawah seksyen 208.

(3) Seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas permohonan mana-mana pihak atau menurut budi bicaranya memerintahkan Mahkamah Rendah Syariah supaya menghidupkan mana-mana kes yang telah ditolak.

(4) Ketua Hakim Syarie boleh, atas permohonan mana-mana pihak atau menurut budi bicaranya, memerintahkan mana-mana Mahkamah supaya menghidupkan semula mana-mana kes yang telah ditolak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.